Sejarah Sekolah

Featured

SRJK(C) Our Lady Immaculate, Kudat terletak di Jalan Tamalang yang berada kira-kira 15 kilometer dari Pekan Kudat.Sekolah ini ditubuhkan pada tahun 1930. Pada masa itu, mendiang Encik Chong Onn Fatt mendermakan tapak tanah untuk dijadikan tapak bangunan sekolah dan Paderi Fong Chi Kee yang menjalankan tugas penubuhan. Nama asal sekolah ini ialah CATHOLIC AIDED SCHOOL.Pada awalnya ia hanya terdapat seorang guru dan murid seramai 20 orang sahaja. Tapak bangunan sekolah ini terletak di belakang kawasan sekolah yang ada sekarang.Pada tahun 1942, sekolah ini diberhentikan buat beberapa ketika kerana Perang Dunia Kedua. Kemudian dibuka semula dengan dipimpin oleh Father F.R. Grand selepas peperangan, iaitu pada tahun 1946.Nama sekolah ini ditukarkan kepada SRJK(C) Our Lady Immaculate,Kudat dan bangunan ini di pindah serta dibuat semula tapak sekarang, yang lebih rata dan berhampiran dengan jalan raya.